Tuesday, December 21, 2010

Langkah Melindungi Komputer

1. Pastikan Perisian Antivirus Dikemaskini (Update)
Virus, worm, trojen dan spyware biasa menyerang komputer melalui internet atau pendrive yang tidak diimbas dengan perisian antivirus terlebih dahulu. Meskipun pendrive itu telah diimbas dengan perisian antivirus tapi jika perisian tersebut tidak dikemaskini tiada gunanya.
penggunaan antivirus dapat menghalang virus daripada menyerang komputer dan anda perlu mengemaskini dengan kerap.
Tiada sebarang sistem keselamatan yang menjamin 100% selamat.

2. Pasangkan perisian antispyware
Walaupun program spyware berlainan daripada virus, ia boleh bertindak seakan virus dan menghasilkan risiko yang sama. Virus dan spyware adalah dua jenis perisian jahat yang perlu komputer anda elakkan. Spyware boleh memperlahankan komputer anda dan akan merosakkan komputer anda.
Untuk mengelakkan spyware daripada menyerang komputer anda, pasangkan perisian antispyware untuk mengelakkan spyware dan pastikan ia dikemaskini selalau.
Terdapat beberapa kaedah untuk melindungi computer anda dari spyware. Langkah pertama adalah mnggunakan firewall. Langkah kedua kemaskini perisian anda. Langkah ketiga ubah ‘setting’ pada pelayar web (internet Explorer atau Firefox) iaitu mengubah pada Tools> Internet Options> Security.
Satu lagi tabiat yang perlu anda elakkan ialah elakkan membuka sesuatu pautan atau pop-up sesuka hati ketika anda melayari internet. Iklan atau pop-up yang terpapar pada laman web tertentu mungkin mengandungi spyware. Jadi berwaspadalah ketika melayari internet jangan membuka pautan email yang kelihatan ganjil dari orang yang tidak dikenali.

3. Pasangkan Firewall dan pastikan ia dihidupkan
Firewall menolong anda melindungi komputer anda daripada pengodam (hacker) yang cuba untuk mencuri maklumat peribadi seperti kata laluan (password) atau nombor kad kredit, memadam data, menyebar virus, merosakkan komputer anda.
Terdapat tiga jenis asas firewall – perisian, perkakasan router dan router tanpa wayar. Perisian adalah perisian keselamatan internet yang ada fungsi firewall seperti firewall pada windows anda, manakala perkakasan router pula membolehkan anda membuat tetapan untuk menapis atau menghalang sebarang anasir jahat yang dikenalpasti. Begitu juga dengan router tanpa wayar dan ia boleh menghalang segala anasir yang menggunakan laluan rangkaian tanpa wayar.

4. Menyimpan salinan fail (Backup File)
Kebanyakan pengguna komputer tidak menghiraukan di mana fail-fail kerja atau fail-fail penting disimpan. Kebanyaka fail disimpan pada Desktop dan My Document untuk memudahkan capaian. Menyimpan fail pada Desktop dan My document ini pantang bagi saya, kerana jika berlaku kerosakan pada sistem komputer dan komputer tersebut tidak dapat di hidupkan, kan susah!. Memang ada cara untuk mendapatkan fail tersebut Tetapi perlu bersusah payah dahulu.
Salah satu tip mudah untuk melindungi fail anda daripada hilang atau rosak ialah sentiasa menyimpan salinan fail-fail utama dan kritikal secara berkala sebelum berhadapan dengan virus atau masalah lain. Contohnya fail boleh disimpan pada pendrive, cd, dvd dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

0 comments:

Post a Comment