Friday, December 24, 2010

Tip: Penjagaan Laptop

hari ni khalaf nk bg tip untuk kawan2 yang guna laptop.. khalaf tau ramai bloger ni guna laptop kn?
ramai jgk kawan2 sy tanya sy macam mana nak jaga laptop ni.. jd hari ni tak keje jadi sementara ada kesempatan ni khalaf tulis la sket tip-tip yang perlu korang ingat.

sebelum nk bagi tip ni khalaf nk cerita sikit..
Ramai jgk pelajar kn? jd sebagai pelajar maka hati-hati... Jangan tinggalkan laptop begitu saja secara terbuka dan harap teliti sebelum menutup LCD-nya. Sebab ada kawan khalaf ni yg suka tinggal laptop dia terbuka tanpa tutup LCD skrin..ada la sorang kwn dia ni yg kira ambil berat la..datang dan terus tutup LCD skrin laptop tu..akibatnya LCD skrin tu pecah..nk tau knp? sbb masa dia tutup LCD skrin laptop tu dia tak tengok apa yang ada atas keybord. Atas keybord tu ada sebiji skru kecil yang menyebabkan LCD skrin tu pecah..jd hati2 la kwn2..

Tip PenjagaanLaptop

1. Jangan dekatkan dengan minuman atau cairan dengan laptop, jika tertumpah ke laptop maka dapat menyebabkan kerosakan komponen dalam laptop. (air + elektrik = litar pintas)

2. Jangan letak laptop dengan sumber medan magnet, contohnya TV, Speacker, Radio atau telefon. Medan magnet akan mempengaruhi komponen laptop terutama harddisknya.

3. Jika membawa laptop ke mana-mana masukkan ke dalam bag khusus untuk laptop. Bag laptop direka khas sehingga casing laptop tidak mudah tergores dengan benda di sekitarnya dan dapat menyerap gegaran-gegaran kecil. bersihkan casing laptop secara berkala dengan kain yang dapat dibeli di kedai-kedai komputer.

4. Jangan pindah-pindahkan laptop pada laptop masih hidup. Laptop yang sedang hidup bermakna harddisknya juga sedang bekerja, apabila digerakkan dapat menyebabkan head harddisk menggores cylinder dan mengakibatkan kerosakan kecil pada harddisk.

5. Gunakan AVR (Automatic Voltage Regulation), UPS (Uninterruptible Power Supply) atau stabilizer. Apabila menggunakan arus elektrik terus, pastikan menggunakan AVR, UPS atau stabilizer untuk mengelakkan arus elektrik yang berlebihan.

6. Jangan memberi pinjam laptop kepada sebarangan orang. Ini semata-mata untuk mencegah kemungkinan perlakuan kasar apabila kita memberi pinjam kepada orang yang kebetulan pengasar.

7. Install antivirus dan update secara berkala. Jangan download sesuka hati software dari internet. Mungkin apa yang kita download malware/spyware yang menyamar sebagai freeware tertentu.

8. Letakkan laptop pada posisi mendatar jangan pada posisi mengiring. Selain kurang bagus, ia juga menyebabkan posisi harddisk tidak pada posisi yang betul.

9. Shutdown dengan betul. Jangan sekali-kali mematikan laptop dengan mencabut power/baterinya. Arus elektrik putus secara mendadak akan menyebabkan harddisk bermasalah.

10. Simpan di tempat dengan suhu yang tidak terlalu panas. Jangan sekali-kali meninggalkan laptop di dalam kereta yang sedang parking di tempat yang panas atau kereta masih hidup. Panas yang berlebihan dapat merosakkan komponen laptop.

11. Jangan letakkan laptop anda di atas katil, karpet atau permukaan yang lembut yang boleh menyebabkan aliran udara kipas laptop tertutup. Ini akan menyebabkan laptop akan menjadi Overheating.

12. Jangan buka casing laptop sendiri, terutama yang tidak mahir.

13. Lapkan skrin LCD selalu kerana mudah dimasuki habuk. Gunakan screen saver. Power management setkan pada Turn Off monitor in minutes. Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan. Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan Dead pixel. Lap LCD dengan kain lembut dan kering. Lap dengan lembut, jangan menekan terlalu kuat dan lapkan pada satu arah sahaja, misalnya dari kiri ke kanan. LCD dibentuk oleh cairan kristal (untuk menampilkan gambar) sehingga permukaannya nipis dan rapuh.

14. Papan Kunci : Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk. Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak. Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

15. Hati-hati masa membuka dan menutup skrin laptop. Antara LCD dengan CPU terdapat engsel yang berfungsi agar LCD dapat bergerak bebas. Masa membuka atau menutup LCD, jangan menghentak terlalu kuat yang dapat menyebabkan engsel patah.

16. Untuk menjadikan bateri lebih tahan, keluarkan bateri laptop anda selepas ia telah penuh di cas. Hanya sambungkan kabel power untuk memastikan laptop anda berfungsi tanpa memerlukan bateri. Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter. Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula. Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

17. Jangan letak Laptop anda di pangkuan anda(di paha anda).

18. Pastikan laptop anda diberi rehat, jangan dibiarkan ianya dipasang hampir sehari setiap hari (ketahanan laptop berbeza dengan PC biasa)

ok ini lah saja tip/petua menjaga laptop yang sempat khalaf tulis hari ni..insyaallah kalau ada masa lagi khalaf kongsi lagi tip2 lain..

4 comments:

  1. No 2 dengan no 17 selalu buat.
    Huhuhu~
    btw, nice entry :)

    ReplyDelete
  2. biasa la 2..benda yang selalu kita bt 2 la yang salah sebenarnya..

    ReplyDelete
  3. klau minyk yg tumpah... jadi litar pintas tk??? hihi.. uji mnda~~~

    ReplyDelete
  4. miyak xpe..sbb minyak tidak mengalirkan elektrik

Cik Yana said...

No 2 dengan no 17 selalu buat.
Huhuhu~
btw, nice entry :)

khalaf said...

biasa la 2..benda yang selalu kita bt 2 la yang salah sebenarnya..

tak_de_name said...

klau minyk yg tumpah... jadi litar pintas tk??? hihi.. uji mnda~~~

khalaf said...

miyak xpe..sbb minyak tidak mengalirkan elektrik

Post a Comment